Sebut pasal kesuburan, ESP Shaklee memang boleh membantu untuk
meningkatkan kesuburan wanita.
1. Untuk
yang masalah kitaran haid, ovulasi tak teratur atau tiada ovulasi, ESP yang
mengandungi phytoestrogen boleh bantu seimbangkan hormon wanita.
Phytoestrogen ni, struktur dia sama macam
estrogen tapi aktiviti dia lagi rendah berbanding estrogen. Estrogen yang
tinggi boleh menjejaskan kesuburan dengan menghalang ovulasi. Keadaan ini sama
dengan penggunaan pil perancang. Jadi phytoestrogen melekat pada reseptor yang
sama tapi sebab aktivitinya lebih rendah, jadi dia akan bertindak seperti
estrogen normal.
Masalah hormon estrogen berlebihan ni
sebenarnya bukan hormon normal kita, tapi ada banyak sebab kenapa estrogen
boleh tinggi dalam badan :
>> Pemakanan yang tidak berkhasiat,
termasuk makanan proses yang berlebihan. Kekurangan vitamin B6 dan magnesium
dikatakan boleh meningkatkan paras estrogen.
>> Berat badan berlebihan
>> Tekanan yang tidak dikawal dengan
baik
>> Estrogen daripada persekitaran
Estrogen daripada sumber luar dan pemakanan
yang tidak sihat ini dipanggil xenoestrogen. Xenoestrogen juga meniru fungsi
estrogen, tapi beerbahaya. Walaupun dalam kuantiti yang sedikit xenoestrogen
mampu merosakkan fungsi sistem hormon.
Sedangkan phytoestogen adalah sumber
semulajadi dan selamat.
2. ESP
juga minuman protein yang lengkap asid amino, termasuk asid amino perlu. Asid
amino perlu tidak dihasilkan oleh badan kita dan perlu diambil daripada
pelbagai jenis makanan sebab setiap makanan mungkin bekalkan 1 atau 2 jenis
asid amino. Jadi, nak cukupkan 9 asid amino tu mungkin perlu makan 9 jenis
makanan. ESP pula makanan lengkap dengan semua asid amino tersebut.
Asid amino adalah asas kepada pembinaan
sel. Macam batu-bata adalah asas pembinaan bangunan. Jika dah cukup asid amino
tu, mestilah sel yang bagus dan berefungsi lebih baik yang akan dihasilkan.
Setiap sel kita ada jujukan asid amino tersendiri untuk hasilkan DNA bagi
menentukan fungsi sel tu. Tanpa 1 asid amino, sel yang normal tak terbentuk.
Ini termasuk juga sel telur. Wanita ni,
bila dilahirkan memang dah ada sel-sel telur dalam kedua-dua ovari. Sel telur
ini belum matang. Bila datang haid, telur akan dibebaskan satu demi satu bila
tiba waktu subur. Tapi telur tu juga mudah untuk dirosakkan oleh radikal bebas.
Jadi, kalau ada telur tapi tak berkualiti, nak buat apa kan?
Kalau untuk suami pula, ESP juga membantu
hasilkan sel sperma yang lebih berkualiti. Jadi, suami dan isteri, dua-dua
boleh minum ESP ni.
3. Bagi
yang kesuburan terjejas sebab berat badan berlebihan dan kolesterol tinggi, ESP
bantu mengawal berat badan dan menurunkan paras kolesterol. Kolesterol yang
tinggi juga boleh menganggu kesuburan.
Kolesterol tinggi akan ditukar jadi
estrogen. Bila estrogen tinggi, sama lah macam makan pil perangan, kesuburan
akan terganggu sebab hormon untuk mematangkan telur tak dapat dihasilkan.
4. ESP
juga membantu mengawal paras gula. Gula yang tinggi boleh merosakkan sel badan
termasuk sel telur, boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan janin. Jadi,
sebab tu elakkan makan gula berlebihan. Tambah lagi gula berlebihan boleh
mendedahkan diri kepada penyakit kencing manis.
Kalau termengandung dan ada penyakit
kencing manis, dah jadi kandungan berisiko.
Sebab tu lah, orang yang minum ESP ni
subur-subur belaka. Bila sel dah elok, fungsinya juga elok.
Set Kesuburan Shaklee
Tapi saya lagi suka cadangkan SET KESUBURAN bagi pasangan yang
sedang berikhtiar untuk
mendapatkan zuriat. Selain protein, badan kita memerlukan zat dan vitamin asas
yang sudah berkurang dalam badan kita.
1. GLA
yang digunakan sejak zaman-berzaman dalam minyak primrose dipercayai membantu mengimbangkan
hormon wanita. Jika wanita mengalami haid yang tidak teratur atau cyst. GLA
juga menghasilkan cecair yang boleh memanjangkan jangka hayat sperma di dalam
rahim isteri dan meningkatkan peluang untuk proses persenyawaan.
2. Vitamin
E yang lengkap dengan selenium pula membantu kesuburan lelaki dengan
meningkatkan kualiti air mani dan pergerakan sperma. Sperma yang aktif akan
meningkatkan peluang persenyawaan.
3. Vitamin
asas ; multivitamin, B Complex yang mengandungi asid folik dan vitamin c
membantu membekal nutrisi atau zat yang diperlukan oleh badan untuk berfungsi
dengan baik sebagai persediaan kehamilan dan mengelakkan masalah kepada bayi.
Jika ada yang merancang untuk hamil, sebaiknya tahu apa masalah
yang menjejaskan kesuburan. Insyaallah, Shaklee menyediakan nutrisi yang baik
untuk membantu anda mendapatkan zuriat.
Untuk tempahan atau info lanjut hubungi saja saya..atau..
PENGEDAR SHAKLEE SIBU, SARAWAK
FB : HASYIMAH JONG
NO.TEL : 013 567 6802
IG : setkesuburan.syima
kredit : https://www.ketamkecil.com/bagaimana-soya-berkualiti-boleh-meningkatkan-kesuburan/