Monday, January 8, 2018

KENAPA BADAN IBU HAMIL CEPAT PENAT?


Mengapa Saya Cepat Letih Ketika Hamil?

Anda tidak keseorangan! Kehamilan meletakkan tekanan yang kuat ke atas seluruh badan kita dan ini boleh membuatkan badan kita sangat cepat letih atau penat. Apa yang kebanyakan wanita ingat pada fasa pertama kehamilan ialah keletihan yang berpanjangan.

Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan kita bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi kita. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama sahaja.


Berapa Lamakah Keletihan Ini Akan Berlanjutan?

Ia berbeza bagi setiap individu sebenarnya. Tapi kebiasaanya ibu hamil mengalami keletihan pada trimester pertama dan ketiga.

Bagi kebanyakan wanita dalam trimester pertama, keletihan merupakan salah satu tanda mabuk hamil pagi yang hadir bersama rasa loya,muntah dan hilang selera makan. Jadi tak hairanlah jika kita akan berasa bertambah letih dan tidak selesa.

Mabuk hamil ni biasa akan hilang menjelang 12 minggu kehamilan. Tapi ada juga ibu yang lama mabuk hamil. Jadi bersabarlah wahai ibu.


Apa yang boleh saya lakukan untuk menghadapi keletihan / mabuk hamil?

1. Peka dengan isyarat yang diberi badan
Cuba untuk rehatkan badan dan tidur lebih awal pada waktu malam. Semasa bekerja, tidurlah seketika di meja kerja walaupun hanya 15minit untuk memberikan kesegaran pada tubuh ibu atau ambil sedikit masa waktu makan tengah hari untuk berehat seketika.

2. Ubah jadual bermula sekarang
Cubalah untuk mengubah jadual bersesuaian dengan keadaan kita sedang hamil. Kita boleh kurangkan kerja dirumah dengan meminta tolong suami untuk melakukannya. Jangan melakukan kerja berat.

3. Pastikan anda jaga makan
Pastikan tubuh mendapat diet yang sihat dan lengkap dengan karbohidrat, kalsium, protien dan sebagainya untuk memastikan tubuh mendapat tenaga yang secukupnya dan nutrien yang diperlukan.

4. Bertahanlah wahai ibu yang kuat
Bertahanlah untuk tempoh awal kehamilan ini. Apabila kandungan telah masuk ke trimester kedua dan berdoalah agar keadaan bertambah baik. Amalan rohani seperti zikir dan solat adalah terapi terbaik dan memberi lebih kekuatan untuk menghadapi tempoh ini.




Pengambilan Supplemen Membantu Ibu Hamil Untuk Lebih Kuat Dan Cergas

Pengambilan supplemen semasa hamil sangat penting. Lagi-lagi ibu yang mabuk hamil, badan akan mudah cepat letih. 

Ambilan supplemen tambahan untuk ibu hamil untuk membantu tubuh kekal cergas, sihat dan kuat sepanjang tempoh kehamilan ini.



Supplemen tambahan ibu hamil klik disini


Shaklee ID 1233783

FB : Hasyimah Jong

No.Tel : 013 567 6802

Ig : setkesuburan.syima


No comments:

Post a Comment