Wednesday, April 5, 2017

PENGALAMAN JAGA ANAK KENA CHICKEN POX

" Alamak!! Apa bintik-bintik merah kat badan maliq mikail ni? Macam chicken pox je."

Datangnya tiba-tiba. Hanya ada sebiji 2 bintik merah pada bahagian leher dan punggung pada mulanya.

Masuk hari kedua ketiga, bintik merah mula semakin meriah diseluruh badan anak. Kemudian bintik merah itu menjadi lepuh air. Memang sah anak mama kena serang chicken pox.








Bagi ibu muda atau yang pertama kali anak kena chicken pox macam syima ni, boleh cuba guna tips syima jaga anak kena chicken pox ni. 

1. SEGERA JUMPA DOKTOR
 Mula syak anak kena serang chicken pox terus ajak suami atau siapa saja yang boleh tolong bawa anak jumpa doktor. Syima ajak suami syima. Bawa anak untuk pengesahan dan mendapatkan rawatan yang patut.

2. KUARANTIN ANAK
 Anak yang kena chicken pox wajib kuarantin. Sebab chicken pox ni dia murah berjangkit.  Tak kan nak biar anak bermain kat luar atau bergaul dengan budak lain kan. Nanti ada pulak ibu bapa yang menjeling.

3. SAPU LOSYEN CALAMINE
 Doktor akan bekalkan losyen calamine. Fungsi nya untuk kurangkan rasa gatal. Jadi kena sapu kerap lagi la. Sapu setiap kali lepas mandi. (Ada juga orang kata tak boleh bagi mandi. Lapkan jela) Syima sapu juga krim herbal blend shaklee. Untuk kurangkan rasa gatal pada badan anak. Tak sanggup tengok budak kecil garu sana garu sini.

4. AMBIL PARACETAMOL KANAK-KANAK
Suhu badan anak memang tak menentu. Kadang boleh capai 39 darjah selsius panas nya. Kalau badan anak panas boleh bagi sirap paracetamol ni la. Sambil tu syima bagi multivitaman vitalea for kids shaklee juga untuk anak syima. 

5. BAGI MINUM AIR KELAPA
Ini petua orang tua-tua yang berkesan. Ni nak bagi chicken pox tu keluar dari seluruh badan la. Mak syima dia sapu lagi dengan bulu ayam. Cari ayam. Cabut bulu. Sehelai 2 cukup la. Cuci dulu. Bakar. Dan sapu kat seluruh badan anak yang kena chicken pox tu tadi. Sama saja fungsi nya dengan air kelapa tu. Hehe..petua orang tua-tua kan. Kena la ikut.

6. MINUM BANYAK AIR MASAK
Dah nama demam, badan panas, selera makan pun kurang. Macam anak syima, menyusu mula tu kurang sebab dalam mulut ada kena juga. Bagi la anak minum banyak air serta makanan yang berbentuk cecair seperti sup dan jus buah.

7. ELAK MAKANAN LAUT
Jangan bagi anak makan makanan laut atau yang boleh buat luka dia tu makin gatal. Ibu menyusu anak pun kena elakkan dulu ye untuk makan makanan laut.

8. BANYAKKAN BERDOA
Doa adalah senjata ampuh paling mujarab apabila menghadapi masalah. Lagi doa seorang ibu untuk anaknya. Jangan lupa banyakkan berdoa memohon kepada Yang Maha Esa kerana dialah sebaik-baik Penyembuh.

Semoga tips syima ni dapat membantu ibu yang diluar sana. 

No comments:

Post a Comment