Friday, January 26, 2018

APA KAITAN CYSTS DENGAN KETIDAKSUBURAN

3:54 PM 0 Comments


Ovarian cysts biasanya dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka pula didiagnosa mengalami ovarian cysts apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan. 

Jadi apa yang menganggu pemikiran wanita adalah ' adakah ovarian cysts menganggu kesuburan mereka '. 

Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cecair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst




Ada beberapa jenis ovarian cysts yang boleh menganggu kesuburan. 

Antaranya adalah :

1. Endometriomas - cyst yang disebabkan oleh endometriosis.

2. Polycystic Ovarian Cyst - terdapat beberapa cyst kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.

Beberapa ovarian cyst yang tidak menganggu kesuburan, ialah :

1. Functional cysts - cyst yang terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yang menandakan seseorang wanita itu subur.

2. Cystadenomas - bukan cyst yang berlaku dalam kilang telur ovari, tetapi berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovari. 

3. Dermoid cyst - cyst yang mengandungi beberapa tisu seperti kulit, rambut dan gigi. Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak menganggu kesuburan.



Jadi kepada wanita yang mengalami cyst, eloklah bertanyakan jenis dan saiz cyst yang dialami. 


Sumber : DR Zubaidi


Wednesday, January 24, 2018

6 SEBAB SUKAR DAPAT ANAK

3:49 PM 0 Comments


Mengapa Sukar Nak Dapatkan Zuriat?


Setiap pasangan yang berkahwin sememangnya inginkan zuriat dengan cepat. Dengan kata lain  "bunting pelamin". Bunting pelamin ini dikira bila kita kahwin dan "bersama" terus saja melekat tanpa melalui lagi sekali proses datang haid.

Bagi pasangan yang dah berkahwin selama setahun dan tidak merancang, kalau masih belum hamil pastikan buat check up atau pemerikasaan kesihatan secepatnya untuk mudahkan kita buat tindakan awal.

Di sini syima nak kongsikan 6 Sebab Mengapa Sukar Dapat Anak / Zuriat.

1. Kecelaruan Ovulasi

Ovulasi adalah proses ovari mengeluarkan telur untuk disenyawakan. Ia berlaku hanya sebulan sekali. Ovulasi biasanya berlaku 2 minggu sebelum period.

Biasanya ia berlaku pada hari ke 14 jika kiraan normal. Bila ovulasi tidak stabil dan celaru, maka bilangan hari period jadi tidak normal. Normal cycle adalah 28 hari.

2. Tiub Fallopio Tersumbat

Tiub fallopio adalah laluan membawa telur dari ovari ke uterus, jika ia tersumbat maka telur tidak boleh keluar. 

25% daripada ketidaksuburan adalah disebabkan tiub fallopio tersumbat.

3. Endometriosis

Endometriosis adalah lebihan salutan endometrium pada uterus yang biasanya membesar bagi persediaan penerimaan telur yang disenyawakan, tetapi tidak keluar habis ketika haid. 

35%-50% ketidaksuburan pada wanita adalah disebabkan oleh endometriosis. 

4. Polysystic Ovary Syndrome (PCOS)

Hormon badan yang tidak stabil antara satu daripada sindromnya. Bila hormon tak stabil, kitaran haid akan terganggu, berat badan bertambah, kerintangan insulin meningkat, masalah kulit, cyst kecil di ovari dan hirsutism ( lebihan bulu pada badan / rambut gugur ). Tidak semua wanita yang dikesan ada PCOS ada semua simptom ini.

5. Bilangan Sperma Yang Kurang

Bilangan sperma yang sihat adalah 20juta  dalam satu mL.

6. Sperma Yang Tidak Sihat

Sperma yang tidak sihat adalah termasuk motility (gerakan sperma,ekornya) dan morphology (bentuk sperma dan DNA).

25% ketidaksuburan adalah disebabkan sperma yang kurang sihat.

Sebab ini lebih kurang dengan kurang sperma walaupun tidak semua lelaki yang kurang bilangan sperma mengalami sperma yang kurang sihat dan sebaliknya.



Dalam sebuah masalah terkandung hikmah yang akan memberikan inpirasi untuk bertidak.


Thursday, January 18, 2018

BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE MEMBANTU MENINGKATKAN KESUBURAN (Set Kesuburan Suami Isteri)

9:17 AM 0 Comments


Kami Menanti Kehadiranmu.

Setiap pasangan yang telah mendirikan rumahtangga pastinya mengimpikan hadirnya cahayamata. Namun, ia bukan semudah yang disangkakan. 

Pelbagai cara yang telah dilakukan mahupun cara tradisional atau moden.

Kali ini syima nak kongsikan dengan korang semua berkenaan dengan bagaimana vitamin shaklee ni mampu membantu meningkatkan kesuburan suami dan kesuburan isteri.

Set Kesuburan Shaklee Untuk Suami Dan Isteri


Bagaimana vitamin ini berfungsi?

1. Vitamin C

Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan

2. B Complex

Memberi rasa tenang serta menghindari stress. Tubuh dan otak yang letih dan stress antara faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi b-complex memainkan peranan untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan.

3. Esp (Protein)

Protein yang tidak mencukupi dalam badan boleh menganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi mereka yang mempunyai masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat, disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ini hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil.

4. VitaLea (Multivitamin)

Vitalea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Kekurang mineral penting dalam badan boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum.

5. Gla Complex

Menstabilkan hormon isteri dengan GLA terutama jika isteri mempunyai masalah haid yang tidak teratur atau cyst. GLA juga mampu menghasilkan satu cecair yang boleh memanjangkan jangka hayat sperma di dalam rahim isteri sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.

6. Vitamin E

Kajian mendapati pengambilan Vitamin E yang lengkap dengan selenium akan meningkatkan kualiti air mani dan mobiliti sperma. Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


Set ini mampu bertahan 2 hingga 6 Bulan penggunaan mengikut jenis vitamin. Harganya pulak insyaalah pasti berbaloi untuk anda berdua. 

Testimoni Pasangan Yang Berjaya Hamil








Harga Set Kesuburan Lengkap Suami Isteri

1. Vitamin C : RM 103.35 / 180 biji
2. B-Complex : RM 58.75 / 120 biji
3. ESP : RM 170.93 / 850g
4. Vitalea : RM 99.38 / 120 biji
5. Gla : RM 96.73 / 60 biji
6. Vitamin E : RM 165.63 / 120 biji

Jumlah : RM 694.77




KLIK DISINI UNTUK ORDER DAN PILIH VITAMIN ANDA


Syima ID 1233783
FB : Hasyimah Jong
No.tel : 013 567 6802
Ig : setkesuburan.syima






Thursday, January 11, 2018

PETUA MENINGKATKAN KESUBURAN ISTERI SUDAH MUDAH HAMIL

10:52 AM 0 Comments


Setiap isteri menantikan detik indah ini.


Secara umumnya, cepat atau lambat kehamilan bergantung kepada tahap kesuburan suami isteri.

Kesuburan isteri berkait rapat dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur ini hanya akan keluar sekali dalam satu kitaran haid dan disebut sebagai waktu subur. Bagi isteri yang mempunyai kitaran haid yang teratur, selalunya telur akan keluar pada hari ke-13 atau ke-14.



Petua / Tips Meningkatkan Kesuburan Isteri


1. Kawal berat badan

Usahakan untuk mendapat berat badan yang ideal. Obesiti boleh menganggu pengeluaran telur.

2. Jaga pemakanan

Elakkan mengambil makanan dan minuman yang tidak menyihatkan seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman berkarbonat, minuman beralkohol. Banyakkan mengambil makanan yang bernutrisi terutama yang tinggi / kaya dengan asid folik, vitamin c dan b-komplex.

3. Berhati-hati dalam pengambilan ubatan

Kebanyakkan ubat seperti antikemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik akan memberi kesan kepada tahap kesuburan. Oleh itu, cuba elakkan mengambilan ubatan jika merancang untuk hamil dan berbincanglah dengan doktor.

4. Periksa rahim anda

Masalah rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Sekiranya ada tanda-tanda seperti haid yang tidak teratur, sengugut teruk, haid yang banyak,sakit perut yang melampau, segeralah berjumpa doktor.

5. Amalkan senaman berkala

Bersenam secara tetap dan teratur. Ia bukan saja menyihatkan namun membantu mendapatkan berat badan ideal.




Kesihatan merupakan kunci utama untuk berjaya hamil.


Loving you,
Syima







Wednesday, January 10, 2018

TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN SUAMI SUPAYA ISTERI MUDAH HAMIL

4:42 PM 0 Comments


Tingkatkan Kesuburan Suami

Kebiasannya seorang wanita akan hamil dan melahirkan seorang bayi selepas berumah tangga. 

Namun ada kalanya, realiti tidaklah semudah yang disangkakan. Ada pasangan yang terpaksa melalui cabaran untuk mendapatkan cahaya mata pertama, malah ada juga yang telah mencuba selama bertahun-tahun lamanya. Namun masih lagi tidak berhasil.

Walaupun wujud pelbagai masalah kesuburan, ini bukanlah pengakhiran buat pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Ada pelbagai cara untuk meningkatkan kesuburan sekaligus meningkatkan peluang untuk cepat hamil.

Tips Meningkatkan Kesuburan Suami


1. Amalkan memakan buah betik

Buah betik kaya dengan Vitamin c dan merupakan antioksida yang baik untuk tubuh badan. Buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan Vitamin C di dalam badan boleh mengurangkan tahap kesuburan sperma. Mengambil sebanyak 500mg vitamin c setiap hari amatlah digalakkan.

2. Banyakkan pengambilan zink

Mineral zink dikatakan mampu mengaktifkan serta meningkatkan kualiti sperma. Ini adalah kerana mineral ini dijumpai paling banyak di dalam sperma. Makanan sumber zink adalah daging merah, bijirin dan kekacang, makanan laut, dan produk tenusu boleh diambil dalam bentuk supplemen.

3. Berhenti merokok

Merokok didapati mampu merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kelajuan sperma untuk sampai ke telur. Merokok juga boleh membunuh Vitamin C di dalam badan sekaligus mengurangkan kualiti sperma yang terhasil. Kalau suami kaki rokok, pastikan suami mengambil Vitamin C lebih tinggi berbanding lelaki biasa.

4. Pastikan kebersihan makanan yang diambil

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar sangat digalakkan. Akan tetapi, racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada buah dan sayur mampu menjejaskan tahap kesuburan. Pastikan buahan dan sayuran dibasuh dengan sempurna sebelum dimakan.

5. Minum banyak air kosong

Pengambilan air kosong sebanyak dua hingga tiga liter sehari dikatakan mampu meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma.




Kesihatan merupakan kunci utama untuk meningkatkan kesuburan.

Entry akan datang syima kongsikan tips kesuburan untuk isteri pulak ya.

Love,
Syima.

SET ATASI MORNING SICKNESS UNTUK IBU HAMIL

2:55 PM 0 Comments

Ibu Hamil mengalami morning sickness yang teruk?

Mual dan muntah di awal kehamilan atau dikenali sebagai morning sickness kebiasannya sering kali terjadi pada ibu hamil trimester pertama. Keadaan yang memang membuatkan ibu hamil rasa tidak selesa dan menyebabkan badan ibu hamil mudah letih, dan kurang selera makan.

Namun, ia harus di beri perhatian jika morning sickness sangat teruk dan berlanjutan. Ini kerana situasi muntah berlebihan ketika hamil dikenali sebagai ' Hipermesis Gravidarum'  yang boleh menyebabkan kekurangan air dan kurang nutrisi. 




Apabila situasi ini berlaku ibu hamil dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat antimual dan dinasihatkan mendapatkan rehat yang cukup. Namun, jika ibu hamil mengalami dehidrasi (kurang air), kemungkinan ibu hamil akan diberikan cairan infus untuk mengantikan cairan yang hilang akibat muntah yang teruk.

Berita baik untuk ibu hamil, shaklee mempunyai supplemen tambahan khusus untuk mengatasi morning sickness yang teruk.



Peppermint Ginger Plus 
  • Ia tidak menganggu bayi kerana ia diperbuat daripada bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM
  • Ia di reka khas oleh pakar herba untuk mengurangkan morning sickness ibu hamil
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat mengelakkan senak perut.
  • Pudina merupakan herba yang membantu mengalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan mengalakkan dan menyamankan perut.
Ostematrik
  • Membantu ibu hamil untuk tidur lena pada waktu malam.
  • Membantu badan ibu hamil bertenaga dan mudah bangun pagi keesokkan harinya.
  • Menghilangkan lenguh-lenguh dan bisi-bisa badan.
  • Mengurangkan sakit pinggang dan kejang kaki.
  • Melawaskan sistem penghadaman
B Complex
  • Melegakan mabuk, loya, pening dan morning sickness
  • Membantu dalam pembentukkan hemoglobin
  • Mengurangkan kemurungan dan stress
  • Membantu menghasilkan tenaga
Performance Drink
  • Meningkatkan tenaga dan daya ketahanan badan
  • Memberi extra tenaga kepada otot dan sel-sel badan
  • Mengurangkan dehidrasi - mengantikan air yang hilang akibat muntah. Air penting pada hati dan ginjal membuang kumuhan dalam badan

Testimoni Ibu Hamil yang mengalami morning sickness


Gambar 1

Gambar 2



Rasa teruja nak mencuba?

Boleh dapatkan item ni dengan hanya klik dibawah ni untuk terus ke laman web belian. Kat web nanti boleh pilih tuan/puan nak item mana satu. Kalau ambik set lagi bagus.


KLIK DISINI UNTUK ORDER



Syima ID 1233783

Fb : Hasyimah Jong

No.tel : 013 567 6802

Ig : setkesuburan.syima


Tuesday, January 9, 2018

CoQ10 MEMBANTU MENINGKATKAN KUALITI SPERMA ( Cadangan vitamin untuk kesuburan lelaki)

2:32 PM 1 Comments

Biasa kita dengar adalah tentang masalah kesihatan golongan wanita. 

Lelaki memang bimbang jika gagal memuaskan isteri secara hubungan seksual dan amat terguris egonya jika tidak dapat menghamilkannya. Lelaki, jangan cepat membakar ego sendiri. Ini musibah dan ujian yang Allah berikan. Carilah penawarnya.

Bagi lelaki yang mempunyai masalah sperma, banyak cara yang boleh diusahakan. Jika usia masih muda dan mahu merawat secara konsevatif dengan ubat-ubatan dan supplemen, saya amat mencadangkan agar mencuba CoQ10.


CoQ10 berfungsi sebagai pengeluar tenaga dalam sel yang banyak berada dalam mitochondrion. Ia menghasilkan ATP, iaitu molekul yang menghasilkan tenaga. 

Oleh itu, Coenzyme Q-10 (CoQ10) adalah ibarat vitamin. Ia boleh dijumpai di dalam organ yang mempunyai tenaga yang banyak seperti jantung, hati, ginjal dan pankreas.

Dalam Journal Urology, menyatakan keberkesanan CoQ10 dalam memperbaiki kualiti sperma kepada lelaki yang mempunyai masalah kesuburan.

Hasil dari kajian mendapati lelaki yang mengamalkan CoQ10 sebanyak 300mg setiap hari selama 30 minggu, kualiti air maninya iaitu bilangan sperma bertambah. Bilangan sperma yang mempunyai pergerakan aktif juga bertambah.

Kajian ringkas yang dilakukan mendapati bahawa pengambilan CoQ10 telah menyebabkan kehamilan pada 13.6% pasangan yang mengalami masalah kesuburan disebabkan oleh faktor lelaki setelah menggunakannya selama 3bulan.

Ibarat ' tiada rotan, akar berguna ', supplemen CoQ10 boleh dicuba bagi yang mempunyai masalah sperma. Walaupun banyak kajian yang perlu dibuat untuk membuktikannya, namun ia berbaloi untuk dicuba. 

Artikal pernuh klik disini

KLIK DI SINI UNTUK ORDER


Syima (ID 1233783)
Fb : Hasyimah Jong
No.Tel : 013 567 6802
Ig : setkesuburan.syima


TIPS ATASI MORNING SICKNESS ( Loya dan Muntah Ketika Hamil)

9:44 AM 0 Comments

Morning Sickness (Loya dan Muntah ketika Hamil)

Biasanya bermula sekitar enam minggu usia kehamilan. Oleh kerana setiap kehamilan adalah berbeza, masa bermulanya morning sickness ini boleh berubah dari wanita ke wanita.

Mereka yang mengalami morning sickness biasanya akan merasa loya, dan mungkin akan muntah bila bangun pagi. Walaupun dinamakan morning sickness, namun rasa loya dan muntah ni boleh datang bila-bila masa saja sepanjang hari. 


9 Cara Mengurangkan Rasa Loya Dan Muntah Ketika Hamil


1. Makan lebih kerap dalam kuantiti yang sedikit

Ibu hamil tidak seharusnya membiarkan perut mereka kosong kerana ia boleh membuat rasa loya dan muntah menjadi lebih teruk. Makan sedikit dan kerap boleh membantu memastikan tahap gula dalam darah menjadi stabil.

2. Makan makanan yang kaya dengan protein

Ibu yang hamil harus makan makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B seperti kacang. Cuba elakkan makanan yang pedas, masam (berasid), berlemak atau makanan bergoreng yang mungkin menyebabkan rasa loya.

3. Makanan yang tidak panas lebih baik dari yang panas

Adakalanya bau masakan menyebabkan rasa loya. Oleh itu cuba hindari masakan yang panas. 

4. Minum pagi di sebelah katil

Bagi sesetengah ibu hamil, mereka mudah merasa loya dan muntah ketika bangun dari tidur kerana perut yang kosong. Sediakan minuman seperti teh panas yang disimpan di thermos dan biskut kering di tepi katil agar mereka dapat memakannya sebelum ke bilik air.

5. Simpan diari

Menyimpan diari adalah satu langkah yang baik, kerana dapat mencatatkan bila masanya ibu hamil itu merasa loya dan muntah. Ini membantu doktor dan ibu hamil itu sendiri mencari punca makanan atau minuman yang membuatkan dirinya menjadi loya.

6. Banyakkan minum air

Minum air mineral dan jus sebanyak yang mungkin adalah salah satu cara yang baik bagi mengelakkan loya dan muntah. Cuma perlu ingat, jangan terlalu banyak minum ketika makan kerana ia akan menganggu pencernaan kerana perut menjadi lebih mudah penuh dan kembung.

7. Dapatkan banyak rehat

Tekanan di tempat kerja dan keletihan boleh menyebabkan rasa loya dan muntah ketika hamil dan ia akan menjadi lebih teruk. Pastikan dapat masa yang cukup untuk rehat dan tidur bagi mengurangkan rasa loya dan muntah.

8. Minum teh halia

Air teh halia yang tidak terlalu pekat dapat membantu untuk melegakan rasa loya. Ia boleh dicampurkan dengan gula, madu atau diminum tanpa gula.

9. Pengambilan pil multivitamin

Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil multivitamin ketika hamil bagi membantu mengurangkan rasa loya.


Cadangan Vitamin Untuk Ibu Hamil ( Morning Sickness)




Monday, January 8, 2018

KENAPA BADAN IBU HAMIL CEPAT PENAT?

10:58 AM 0 Comments

Mengapa Saya Cepat Letih Ketika Hamil?

Anda tidak keseorangan! Kehamilan meletakkan tekanan yang kuat ke atas seluruh badan kita dan ini boleh membuatkan badan kita sangat cepat letih atau penat. Apa yang kebanyakan wanita ingat pada fasa pertama kehamilan ialah keletihan yang berpanjangan.

Sepanjang kehamilan, terutamanya dalam trimester pertama, badan kita bekerja dengan lebih kuat. Pada waktu ini, badan anda sedang dalam proses membuat uri (plasenta) yang merupakan satu sistem sokongan hayat bagi bayi kita. Proses ini hanya akan selesai pada akhir trimester pertama sahaja.


Berapa Lamakah Keletihan Ini Akan Berlanjutan?

Ia berbeza bagi setiap individu sebenarnya. Tapi kebiasaanya ibu hamil mengalami keletihan pada trimester pertama dan ketiga.

Bagi kebanyakan wanita dalam trimester pertama, keletihan merupakan salah satu tanda mabuk hamil pagi yang hadir bersama rasa loya,muntah dan hilang selera makan. Jadi tak hairanlah jika kita akan berasa bertambah letih dan tidak selesa.

Mabuk hamil ni biasa akan hilang menjelang 12 minggu kehamilan. Tapi ada juga ibu yang lama mabuk hamil. Jadi bersabarlah wahai ibu.


Apa yang boleh saya lakukan untuk menghadapi keletihan / mabuk hamil?

1. Peka dengan isyarat yang diberi badan
Cuba untuk rehatkan badan dan tidur lebih awal pada waktu malam. Semasa bekerja, tidurlah seketika di meja kerja walaupun hanya 15minit untuk memberikan kesegaran pada tubuh ibu atau ambil sedikit masa waktu makan tengah hari untuk berehat seketika.

2. Ubah jadual bermula sekarang
Cubalah untuk mengubah jadual bersesuaian dengan keadaan kita sedang hamil. Kita boleh kurangkan kerja dirumah dengan meminta tolong suami untuk melakukannya. Jangan melakukan kerja berat.

3. Pastikan anda jaga makan
Pastikan tubuh mendapat diet yang sihat dan lengkap dengan karbohidrat, kalsium, protien dan sebagainya untuk memastikan tubuh mendapat tenaga yang secukupnya dan nutrien yang diperlukan.

4. Bertahanlah wahai ibu yang kuat
Bertahanlah untuk tempoh awal kehamilan ini. Apabila kandungan telah masuk ke trimester kedua dan berdoalah agar keadaan bertambah baik. Amalan rohani seperti zikir dan solat adalah terapi terbaik dan memberi lebih kekuatan untuk menghadapi tempoh ini.




Pengambilan Supplemen Membantu Ibu Hamil Untuk Lebih Kuat Dan Cergas

Pengambilan supplemen semasa hamil sangat penting. Lagi-lagi ibu yang mabuk hamil, badan akan mudah cepat letih. 

Ambilan supplemen tambahan untuk ibu hamil untuk membantu tubuh kekal cergas, sihat dan kuat sepanjang tempoh kehamilan ini.



Supplemen tambahan ibu hamil klik disini


Shaklee ID 1233783

FB : Hasyimah Jong

No.Tel : 013 567 6802

Ig : setkesuburan.syima


Thursday, January 4, 2018

KENAPA RAMAI ORANG SUKA SHAKLEE??

1:19 PM 0 Comments

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee.

Ramai yang cakap dan wasap syima tanya kenapa sekarang ni ramai yang suka dengan shaklee ni. Kadang tu ada wasap cakap kawan suggest ambik shaklee. Nahh..di situ nampak dah orang suka akan shaklee. Dengan kebaikan dari shaklee tu mereka sebarkan bagi orang lain pula cuba Shaklee.

Ni antara sebab kenapa ramai suka Shaklee :


1. Nak daftar ahli sangat mudah dan sangat berbaloi. Hanya RM69 sahaja (ni tak termasuk kos pos hantar member kit). Keahlian pun untuk seumur hidup.


2. Bila dah jadi ahli kita akan dapat diskaun untuk produk dalam 15%-20%. Lepas tu tiap bulan akan ada promosi produk yang kita boleh dapatkan dengan harga yang sangat murah dan bebaloi.



3. Kalau dah jadi ahli ni terpulang kepada kita nak makan sendiri(kita daftar untuk kita dapat beli harga murah) atau nak buat bisnes untuk tambahkan pendapatkan dari rumah. Sekarang dunia makin canggih, macam-macam kita boleh buat walaupun kita hanya duduk dirumah.

4. Shaklee ni dia ada banyak produk kesihatan dan set penjagaan lain seperti set kecantikan, set kesuburan, set kanak-kanak dan lain-lain.

5. Sistem marketing Shaklee yang sangat adil kepada semua yang serius ingin berbisnes. Dimana semua ahlinya berpeluang sama rata untuk berjaya dan mendapat peluang untuk menjana pendapatkan sampai ada dapat 6angka. Dalam sistem Shaklee tiada istilah downline berkerja untuk upline nya kerana downline boleh naik pangkat lebih tinggi dari upline nya.

6. Shaklee menawarkan 3C kepada ahlinya yang layak, CASH BONUS, CAR BONUS, CONVENTION atau percutian dalam negara atau luar negara. Bagi yang layak cash bonus dan car bonus akan diperoleh setiap bulan dan convention tu hanya setahun sekali. Bagi yang beragama Islam, percutian Umrah juga ditawarkan kepada yang layak.

7. Shaklee juga menyediakan latihan dan kelas-kelas nutrisi kepada pengedarnya yang sah. Dengan ada nya kelas sebegini kita lebih mudah mengenalpasti apa sebenarnya vitamin yang badan kita perlukan dan yang sesuai kita cadangkan kepada orang yang memerlukan.

8. Ni paling penting, support group yang istimewa kepada mereka yang jadi ahli dibawah jaringan kami yang ramai orang teringin nak masuk. Tips yang dikongsikan dalam support group kami mungkin tiada dalam jaringan yang lain.

Macam mana?..dah habis baca kan..ni antara sebab nya la..dan kebanyakan yang jadi ahli sangat tertarik dengan keberkesanan produk dan marketingnya yang adil. Bersedia untuk mengubah kehidupan anda? Dengan Shaklee pasti akan ada jalan untuk anda. Ramai yang dah berjaya dan terbukti..dan pasti ada rezeki untuk anda juga.


Berminat nak daftar ahli? Hubungi saja syima
FB : Hasyimah Jong
No.tel / Wasap : 013 567 6802
IG : setkesuburan.syima