Wednesday, January 18, 2017

BAGAIMANA MEMILIH B-KOMPLEX YANG BAIK

8:49 PM 2 Comments


Pemilihan yang baik sangat penting untuk mereka yang menggunakan sesuai benda itu. Begitu juga dengn pemilihan b-komplex. Tidak bermakna barang itu mahal dia bagus dan tidak bermakna barang itu murah dia tidak bagus.

B-komplex yang baik mesti lah :

1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)

2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.

3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar.

4. Elakkan pengambilan B-komplek yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)

Sebagai pengguna, anda haruslah bijak memilih. Ini boleh dijadikan panduan kepada anda yang memerlukan dan inginkan B-komplex. 



Tuesday, January 17, 2017

BABY KELUAR TAK MENANGIS???

9:55 PM 0 Comments

Assalamualaikum.

Selamat malam semua.

Malam ni syima nak kongsi pengalaman melahirkan anak pertama. Ni pengalaman syima sendiri. Due date baby pada 18.11.2015. Selang sehari nak sama dengan tarikh lahir syima sendiri, 19 november. 

Due date 18 November 2015. Nurse pesan kalau belum beranak awal dari due, 16 november 2015 kena pergi check up lagi. Pagi 16 november 2015 tu syima pergi klinik macam biasa bertemankan encik suami. Check up berjalan macam biasa dan semuanya berjalan dengan lancar. 

Memandangkan syima ni berkerja, hari tu syima minta half day dan syima masuk kerja petang. Masa tu belum lagi ada tanda apa-apa. Hinggakan petang, syima dah ada mula rasa sakit pinggang. Mula syima cuba tahan dulu, alang-alang nak habis waktu kerja katakan. Melayan rasa sakit, syima pusing-pusing duduk kat kerusi.

Konon nak tunggu terus waktu tamat kerja, tapi tak kesampaian. Syima dah tak dapat tahan lagi dan call encik suami minta hantar pergi hospital. Kebetulan masa tu suami syima keluar berdekatan dengan tempat kerja syima. Apa lagi, masa dalam kereta tu syima nangis-nangis tak tahan rasa sakit. 

Suami sebelah ok jer. Muka slamber jer. Sampai kat hospital, check punya check, tanya punya tanya, syima terus di masukkan ke dalam wad bersalin (menunggu). Masa tu sakit nya hanya ibu-ibu sahaja yang tahu. Mak syima kat kampung, nasib mak dan bapak mertua syima ada masa tu. Suami syima memang dari pagi tu dah dengan syima. 

Sebelum pukul 5 petang 16 november 2015 syima di masukkan dalam wad. Dalam pukul 12 lebih tengah malam tu (17.11.2015) lahir lah baby boy syima.




Masa baby keluar jer dari perut, syima rasa alhamdulillah. Syukur. Selamat keluar dah anak mama. Tadi rasa gembira, sekelip mata terus bertukar rasa takut. Kenapa anak aku keluar tak nangis ni? Biasa baby keluar mesti terus nangis. Rasa takut masa tu hanya Allah jer tahu. Minta dijauhkan perkara buruk yang berlaku. Syima dengar nurse pukul baby, panggil baby. Telinga dengar suara nurse, mata tengok jam yang melekat kat dinding. Boleh syima katakan anak syima lama tak menangis.

Syukur. Alhamdulillah. Dengan izin-Nya, anak syima menangis jugak akhirnya. Ada lah lega sikit rasa hati. Doktor datang bawa baby. 'Ni anak puan'. ;Baby boy ke baby girl?' Hanya dua soalan tu sahaja doktor tanya sebelum anak syima di bawa ke wad lain. Anak syima perlukan bantuan alat. 

Hari ke-3 lepas tu baru syima berjumpa anak syima. Masa tengok baby kecik dalam bekas yang badan penuh wayar, tangan di ikat, sedih rasa nya. Kesian anak aku. Syima tak boleh lama jumpa anak syima masa tu. Sebab sebak, tak dapat tahan rasa nak menangis tu bila tengok anak penuh dengan wayar di badan.

Dalam masa tu macam-macam yang doktor cakap pasal anak syima. 'Brain Damage' skala 1-10, anak syima dalam skala 1. Bayangkan. Rasa dan perasaan yang tak dapat di gambarkan dengan apa sekali pun oleh syima dan suami. Hanya berserah kepada-Nya. Dengan kuasa-Nya, lepas 7 hari baru syima dan baby keluar, check out dari hospital. Baby syima pun, alhamdullilah semakin baik, semakin sihat.






Mohamad Maliq Mikail nama diberi. Hari ni 17 January 2016 genap la umur anak syima 1tahun 2bulan. Anak syima makin sihat. Makin pintar. Alhamdulillah. Apa pun, anak manja syima masih lagi ada temujanji dengan pakar sampai umur dia 2 tahun. Doakan anak syima sihat ya. Terima kasih.


Hargailah makluk yang Allah pinjamkan kepada kita. 

Sayang anak mama.








Monday, January 16, 2017

APA ITU VIVIX SHAKLEE DAN APA MANFAATNYA

10:00 PM 0 Comments


Vivix adalah makanan tambahan yang berbentuk syrup, mengandungi 4 bahan utama yang berasaskan buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang kaya dengan resveratrol yang hampir tulen dan ekstrak polifenol yang hebat. Gabungan unik buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan ini, berdasarkan kajian makmal dapat melawan 4 mekanisma utama penuaan selular iaitu :


1. Kerosakkan DNA

2. Pengawalan Genetik

3. Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel

4. Penimbunan protin AGE





MANFAAT UTAMA VIVIX SHAKLEE :

  1. Menggalakkan penuaan yang lebih sihat, awet muda dan anti penuaan.
  1. Membantu mengelakkan kanser - merencatkan sel kanser dari terus merebak.
  1. Mengurangkan risiko sakit jantung dengan melindungi jantung
  1. Mengawal tekanan darah
  1. Mengurangkan komplikasi kencing manis
  1. Menyokong kesihatan sendi dan saraf termasuk bell parsy
  1. Melambatkan simptom azhameir
  1. Membantu pesakit parkinson
  1. Membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok dan angin ahmar
  1. Meningkatkan kekuatan sistem imun 
  1. Menyahtoksin dari badan dan membantu mengurangkan merokok
  1. Menggalakkan kesihatan keseluruhan badan
  1. Mencantikkan dan meremajakan kulit
  1. Membantu proses menurunkan berat badan dan detox dengan lebih berkesan.



Semoga bermanfaat bagi yang memerlukan.

MANFAAT UTAMA LECITHIN YANG RAMAI ORANG BELUM TAHU

9:13 PM 0 Comments

LECITHIN SHAKLEE

Salam semua.

Hari ini kita nak kongsi sedikit sebanyak pasal perbezaan lecithin shaklee dan manfaat utama lecithin yang orang tidak tahu.

PERBEZAAN LECITHIN SHAKLEE

DIEKSTRAK DARI KACANG SOYA ORGANIK BUKAN GMO. SETIAP KAPSUL MENGANDUNGI 520MG LECITHIN SOYA TERMASUK 80MG KOLIN DAN 48MG INOSITOL. LECITHIN YANG DIREMBESKAN OLEH TUBUH AKAN MENGHASILKAN ACETYL-KOLIN, INOSITOL, FOSFORUS DAN LEMAK TAK TEPU. 





MANFAAT UTAMA LECITHIN

  1. Pemecahan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' saluran darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.
  2. Pelangsingan - Menghalang obesiti. Pengambilan yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  3. Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.
  4. Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol. Lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  5. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stres.
  6. Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan. Ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Semoga bermanfaat untuk semua.

( Kena buka balik buku biologi untuk fahaman yang lebih. Mesti jumpa perkataan yang pelik-pelik kat atas tu dalam buku biologi )







Tuesday, January 10, 2017

DIET UNTUK PCOS

10:22 AM 8 Comments



Salam semua.

Pada hari ini, syima nak kongsi sedikit pasal pcos.

Apa itu PCOS?
PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) atau sindrom ovarium polikistik merupakan kondisi terganggunya fungsi ovarium pada wanita yang berada di usia subur. Kondisi ini menyebabkan hormon wanita yang menderita PCOS menjadi tidak seimbang kerana hal-hal yang tidak diketahui.

Di sini syima nak kongsi dengan anda semua pasal cara diet untuk pesakit pcos ini.

Diet untuk Pcos.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Tanda-tanda PCOS

Tadi tu, ELAKKAN. Sekarang ini kita kongsi pulak apa yang boleh dimakan.

Boleh Makan :

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun

6.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

Syima harap dengan perkongsian ini dapat membantu sesiapa yang memerlukan cara diet pcos ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan.
Amin.

#tipskeluargabahagia