Tuesday, January 17, 2017

BABY KELUAR TAK MENANGIS???


Assalamualaikum.

Selamat malam semua.

Malam ni syima nak kongsi pengalaman melahirkan anak pertama. Ni pengalaman syima sendiri. Due date baby pada 18.11.2015. Selang sehari nak sama dengan tarikh lahir syima sendiri, 19 november. 

Due date 18 November 2015. Nurse pesan kalau belum beranak awal dari due, 16 november 2015 kena pergi check up lagi. Pagi 16 november 2015 tu syima pergi klinik macam biasa bertemankan encik suami. Check up berjalan macam biasa dan semuanya berjalan dengan lancar. 

Memandangkan syima ni berkerja, hari tu syima minta half day dan syima masuk kerja petang. Masa tu belum lagi ada tanda apa-apa. Hinggakan petang, syima dah ada mula rasa sakit pinggang. Mula syima cuba tahan dulu, alang-alang nak habis waktu kerja katakan. Melayan rasa sakit, syima pusing-pusing duduk kat kerusi.

Konon nak tunggu terus waktu tamat kerja, tapi tak kesampaian. Syima dah tak dapat tahan lagi dan call encik suami minta hantar pergi hospital. Kebetulan masa tu suami syima keluar berdekatan dengan tempat kerja syima. Apa lagi, masa dalam kereta tu syima nangis-nangis tak tahan rasa sakit. 

Suami sebelah ok jer. Muka slamber jer. Sampai kat hospital, check punya check, tanya punya tanya, syima terus di masukkan ke dalam wad bersalin (menunggu). Masa tu sakit nya hanya ibu-ibu sahaja yang tahu. Mak syima kat kampung, nasib mak dan bapak mertua syima ada masa tu. Suami syima memang dari pagi tu dah dengan syima. 

Sebelum pukul 5 petang 16 november 2015 syima di masukkan dalam wad. Dalam pukul 12 lebih tengah malam tu (17.11.2015) lahir lah baby boy syima.




Masa baby keluar jer dari perut, syima rasa alhamdulillah. Syukur. Selamat keluar dah anak mama. Tadi rasa gembira, sekelip mata terus bertukar rasa takut. Kenapa anak aku keluar tak nangis ni? Biasa baby keluar mesti terus nangis. Rasa takut masa tu hanya Allah jer tahu. Minta dijauhkan perkara buruk yang berlaku. Syima dengar nurse pukul baby, panggil baby. Telinga dengar suara nurse, mata tengok jam yang melekat kat dinding. Boleh syima katakan anak syima lama tak menangis.

Syukur. Alhamdulillah. Dengan izin-Nya, anak syima menangis jugak akhirnya. Ada lah lega sikit rasa hati. Doktor datang bawa baby. 'Ni anak puan'. ;Baby boy ke baby girl?' Hanya dua soalan tu sahaja doktor tanya sebelum anak syima di bawa ke wad lain. Anak syima perlukan bantuan alat. 

Hari ke-3 lepas tu baru syima berjumpa anak syima. Masa tengok baby kecik dalam bekas yang badan penuh wayar, tangan di ikat, sedih rasa nya. Kesian anak aku. Syima tak boleh lama jumpa anak syima masa tu. Sebab sebak, tak dapat tahan rasa nak menangis tu bila tengok anak penuh dengan wayar di badan.

Dalam masa tu macam-macam yang doktor cakap pasal anak syima. 'Brain Damage' skala 1-10, anak syima dalam skala 1. Bayangkan. Rasa dan perasaan yang tak dapat di gambarkan dengan apa sekali pun oleh syima dan suami. Hanya berserah kepada-Nya. Dengan kuasa-Nya, lepas 7 hari baru syima dan baby keluar, check out dari hospital. Baby syima pun, alhamdullilah semakin baik, semakin sihat.






Mohamad Maliq Mikail nama diberi. Hari ni 17 January 2016 genap la umur anak syima 1tahun 2bulan. Anak syima makin sihat. Makin pintar. Alhamdulillah. Apa pun, anak manja syima masih lagi ada temujanji dengan pakar sampai umur dia 2 tahun. Doakan anak syima sihat ya. Terima kasih.


Hargailah makluk yang Allah pinjamkan kepada kita. 

Sayang anak mama.








No comments:

Post a Comment