Tuesday, January 10, 2017

DIET UNTUK PCOS




Salam semua.

Pada hari ini, syima nak kongsi sedikit pasal pcos.

Apa itu PCOS?
PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) atau sindrom ovarium polikistik merupakan kondisi terganggunya fungsi ovarium pada wanita yang berada di usia subur. Kondisi ini menyebabkan hormon wanita yang menderita PCOS menjadi tidak seimbang kerana hal-hal yang tidak diketahui.

Di sini syima nak kongsi dengan anda semua pasal cara diet untuk pesakit pcos ini.

Diet untuk Pcos.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksang, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Tanda-tanda PCOS

Tadi tu, ELAKKAN. Sekarang ini kita kongsi pulak apa yang boleh dimakan.

Boleh Makan :

1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun

6.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

Syima harap dengan perkongsian ini dapat membantu sesiapa yang memerlukan cara diet pcos ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan.
Amin.

#tipskeluargabahagia

8 comments:

  1. ooo....begitu plak diet untuk org pcos nie ya...terima kasih sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sis..bole share, mana tahu ada saudara, kawan-kawan yang perlukan. Semoga bermanfaat ya sis.

      Delete
    2. Sama-sama sis..bole share, mana tahu ada saudara, kawan-kawan yang perlukan. Semoga bermanfaat ya sis.

      Delete
  2. ooo....begitu plak diet untuk org pcos nie ya...terima kasih sis

    ReplyDelete
  3. utk pcos, selain junk food.. ayam, daging dan seafood sila elakkan. nasihat dr doc gynea

    ReplyDelete
  4. Dlm mskn blh gna tak secukup rsa? Or guna sos tiram, kicap n sos cili?

    ReplyDelete