Tuesday, January 9, 2018

TIPS ATASI MORNING SICKNESS ( Loya dan Muntah Ketika Hamil)


Morning Sickness (Loya dan Muntah ketika Hamil)

Biasanya bermula sekitar enam minggu usia kehamilan. Oleh kerana setiap kehamilan adalah berbeza, masa bermulanya morning sickness ini boleh berubah dari wanita ke wanita.

Mereka yang mengalami morning sickness biasanya akan merasa loya, dan mungkin akan muntah bila bangun pagi. Walaupun dinamakan morning sickness, namun rasa loya dan muntah ni boleh datang bila-bila masa saja sepanjang hari. 


9 Cara Mengurangkan Rasa Loya Dan Muntah Ketika Hamil


1. Makan lebih kerap dalam kuantiti yang sedikit

Ibu hamil tidak seharusnya membiarkan perut mereka kosong kerana ia boleh membuat rasa loya dan muntah menjadi lebih teruk. Makan sedikit dan kerap boleh membantu memastikan tahap gula dalam darah menjadi stabil.

2. Makan makanan yang kaya dengan protein

Ibu yang hamil harus makan makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B seperti kacang. Cuba elakkan makanan yang pedas, masam (berasid), berlemak atau makanan bergoreng yang mungkin menyebabkan rasa loya.

3. Makanan yang tidak panas lebih baik dari yang panas

Adakalanya bau masakan menyebabkan rasa loya. Oleh itu cuba hindari masakan yang panas. 

4. Minum pagi di sebelah katil

Bagi sesetengah ibu hamil, mereka mudah merasa loya dan muntah ketika bangun dari tidur kerana perut yang kosong. Sediakan minuman seperti teh panas yang disimpan di thermos dan biskut kering di tepi katil agar mereka dapat memakannya sebelum ke bilik air.

5. Simpan diari

Menyimpan diari adalah satu langkah yang baik, kerana dapat mencatatkan bila masanya ibu hamil itu merasa loya dan muntah. Ini membantu doktor dan ibu hamil itu sendiri mencari punca makanan atau minuman yang membuatkan dirinya menjadi loya.

6. Banyakkan minum air

Minum air mineral dan jus sebanyak yang mungkin adalah salah satu cara yang baik bagi mengelakkan loya dan muntah. Cuma perlu ingat, jangan terlalu banyak minum ketika makan kerana ia akan menganggu pencernaan kerana perut menjadi lebih mudah penuh dan kembung.

7. Dapatkan banyak rehat

Tekanan di tempat kerja dan keletihan boleh menyebabkan rasa loya dan muntah ketika hamil dan ia akan menjadi lebih teruk. Pastikan dapat masa yang cukup untuk rehat dan tidur bagi mengurangkan rasa loya dan muntah.

8. Minum teh halia

Air teh halia yang tidak terlalu pekat dapat membantu untuk melegakan rasa loya. Ia boleh dicampurkan dengan gula, madu atau diminum tanpa gula.

9. Pengambilan pil multivitamin

Ibu hamil juga dinasihatkan mengambil multivitamin ketika hamil bagi membantu mengurangkan rasa loya.


Cadangan Vitamin Untuk Ibu Hamil ( Morning Sickness)




No comments:

Post a Comment