Thursday, January 11, 2018

PETUA MENINGKATKAN KESUBURAN ISTERI SUDAH MUDAH HAMIL



Setiap isteri menantikan detik indah ini.


Secara umumnya, cepat atau lambat kehamilan bergantung kepada tahap kesuburan suami isteri.

Kesuburan isteri berkait rapat dengan kemampuannya mengeluarkan telur. Telur ini hanya akan keluar sekali dalam satu kitaran haid dan disebut sebagai waktu subur. Bagi isteri yang mempunyai kitaran haid yang teratur, selalunya telur akan keluar pada hari ke-13 atau ke-14.



Petua / Tips Meningkatkan Kesuburan Isteri


1. Kawal berat badan

Usahakan untuk mendapat berat badan yang ideal. Obesiti boleh menganggu pengeluaran telur.

2. Jaga pemakanan

Elakkan mengambil makanan dan minuman yang tidak menyihatkan seperti makanan ringan, jeruk, makanan segera, minuman berkarbonat, minuman beralkohol. Banyakkan mengambil makanan yang bernutrisi terutama yang tinggi / kaya dengan asid folik, vitamin c dan b-komplex.

3. Berhati-hati dalam pengambilan ubatan

Kebanyakkan ubat seperti antikemurungan, pil tahan sakit dan antibiotik akan memberi kesan kepada tahap kesuburan. Oleh itu, cuba elakkan mengambilan ubatan jika merancang untuk hamil dan berbincanglah dengan doktor.

4. Periksa rahim anda

Masalah rahim seperti endometriosis, fibroid atau cyst boleh menjejaskan peluang untuk hamil. Sekiranya ada tanda-tanda seperti haid yang tidak teratur, sengugut teruk, haid yang banyak,sakit perut yang melampau, segeralah berjumpa doktor.

5. Amalkan senaman berkala

Bersenam secara tetap dan teratur. Ia bukan saja menyihatkan namun membantu mendapatkan berat badan ideal.




Kesihatan merupakan kunci utama untuk berjaya hamil.


Loving you,
Syima







No comments:

Post a Comment