Wednesday, January 10, 2018

TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN SUAMI SUPAYA ISTERI MUDAH HAMIL



Tingkatkan Kesuburan Suami

Kebiasannya seorang wanita akan hamil dan melahirkan seorang bayi selepas berumah tangga. 

Namun ada kalanya, realiti tidaklah semudah yang disangkakan. Ada pasangan yang terpaksa melalui cabaran untuk mendapatkan cahaya mata pertama, malah ada juga yang telah mencuba selama bertahun-tahun lamanya. Namun masih lagi tidak berhasil.

Walaupun wujud pelbagai masalah kesuburan, ini bukanlah pengakhiran buat pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Ada pelbagai cara untuk meningkatkan kesuburan sekaligus meningkatkan peluang untuk cepat hamil.

Tips Meningkatkan Kesuburan Suami


1. Amalkan memakan buah betik

Buah betik kaya dengan Vitamin c dan merupakan antioksida yang baik untuk tubuh badan. Buah ini juga dikatakan mampu meningkatkan jumlah dan kesuburan sperma. Kekurangan Vitamin C di dalam badan boleh mengurangkan tahap kesuburan sperma. Mengambil sebanyak 500mg vitamin c setiap hari amatlah digalakkan.

2. Banyakkan pengambilan zink

Mineral zink dikatakan mampu mengaktifkan serta meningkatkan kualiti sperma. Ini adalah kerana mineral ini dijumpai paling banyak di dalam sperma. Makanan sumber zink adalah daging merah, bijirin dan kekacang, makanan laut, dan produk tenusu boleh diambil dalam bentuk supplemen.

3. Berhenti merokok

Merokok didapati mampu merosakkan membran sperma dan mempengaruhi kelajuan sperma untuk sampai ke telur. Merokok juga boleh membunuh Vitamin C di dalam badan sekaligus mengurangkan kualiti sperma yang terhasil. Kalau suami kaki rokok, pastikan suami mengambil Vitamin C lebih tinggi berbanding lelaki biasa.

4. Pastikan kebersihan makanan yang diambil

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar sangat digalakkan. Akan tetapi, racun serangga yang digunakan untuk mengawal serangan makhluk perosak pada buah dan sayur mampu menjejaskan tahap kesuburan. Pastikan buahan dan sayuran dibasuh dengan sempurna sebelum dimakan.

5. Minum banyak air kosong

Pengambilan air kosong sebanyak dua hingga tiga liter sehari dikatakan mampu meningkatkan kesuburan dan kesihatan sperma.




Kesihatan merupakan kunci utama untuk meningkatkan kesuburan.

Entry akan datang syima kongsikan tips kesuburan untuk isteri pulak ya.

Love,
Syima.

No comments:

Post a Comment