Friday, January 26, 2018

APA KAITAN CYSTS DENGAN KETIDAKSUBURAN



Ovarian cysts biasanya dihadapi oleh wanita muda. Kebanyakan mereka pula didiagnosa mengalami ovarian cysts apabila mereka menjalani pemeriksaan ultrasound ketika menghadapi masalah kesuburan. 

Jadi apa yang menganggu pemikiran wanita adalah ' adakah ovarian cysts menganggu kesuburan mereka '. 

Ovarian cyst sebenarnya adalah kantung yang mengandungi cecair berada dalam kilang telur ovari. Cecair ini boleh jadi cecair seperti air, pekat likat dan ada kalanya mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. Ia juga mempunyai saiz yang berbeza-beza.

Ovarian cyst yang normal akan membesar dan pecah untuk mengeluarkan telur ovum ketika ovulasi. Cyst yang pecah ini dinamakan follicle. Jika cyst ini tidak pecah, saiznya akan bertambah besar dan dinamakan functional ovarian cyst




Ada beberapa jenis ovarian cysts yang boleh menganggu kesuburan. 

Antaranya adalah :

1. Endometriomas - cyst yang disebabkan oleh endometriosis.

2. Polycystic Ovarian Cyst - terdapat beberapa cyst kecil pada kilang telur ovari, kehadiran haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah.

Beberapa ovarian cyst yang tidak menganggu kesuburan, ialah :

1. Functional cysts - cyst yang terjadi secara normal semasa kitaran haid, malah kehadiran functional cyst lah yang menandakan seseorang wanita itu subur.

2. Cystadenomas - bukan cyst yang berlaku dalam kilang telur ovari, tetapi berlaku di permukaan lapisan luar kilang telur ovari. 

3. Dermoid cyst - cyst yang mengandungi beberapa tisu seperti kulit, rambut dan gigi. Ia selalu dikeluarkan melalui pembedahan dan tidak menganggu kesuburan.



Jadi kepada wanita yang mengalami cyst, eloklah bertanyakan jenis dan saiz cyst yang dialami. 


Sumber : DR Zubaidi


No comments:

Post a Comment