Wednesday, October 26, 2016

5 CARA MENGATASI KULIT KERING


Sekarang ini keadaan cuaca semakin tidak menentu. Panas nya pun terasa sangat mengigit jika dibandingkan dengan panas haba suatu ketika dahulu. Masalah kulit kering bukan lagi asing bagi kita.

Dengan itu, kita seharusnya cuba elakkan masalah ini dari semakin teruk. Cari cara nya seboleh semampu kita nak buat. Di sini syima ada sedikit ilmu pengetahuan yang nak dikongsikan bagi mengatasi masalah kulit kering ini. Termasuk syima sendiri yang mengalami masalah kulit kering ini.

1. Cuba hindari dari menggunakan sabun yang banyak mengandungi detergen. Ini kerana detergen dapat menyebabkan kulit mengalami iritasi.

2. Lindungi wajar dari paparan sinar matahari. Sinar matahari yang panas dapat menyebabkan kulit menjadi rosak dan kering.

3. Manfaatkan masker. Tak kisah masker apa yang diguna seperti madu dan timun.

4. Perbanyakkan minum air. Minum 2.5 liter sehari atau 8gelas sehari akan membantu tubuh menjadi segar dan kulit akan lebih lembut.

5. Makan buah yang mengandungi Vitamin A dan C seperti buah betik, manga, apel, pisang, kiwi dan buah jeruk. Buah yang kaya dengan Vitamin C membantu kulit menjadi lembut.




Haa. Tu antara tips yang syima boleh kongsi.

Apapun, bila cuaca tak menentu kita kena kekal terhidrat.

Pastikan minum air yang cukup, amalkan minum minuman isotonik kegemaran anda, dan pakai pelindung uv.

Ingatan untuk syima juga.



No comments:

Post a Comment